Soalan Yang Sering Ditanya


1) Apakah itu akhbar digital Utusan Malaysia (UM)?
Akhbar digital UM adalah akhbar berformat elektronik yang boleh dibaca melalui Web, iPad dan Android dan mempunyai isi kandungan yang sama seperti akhbar fizikal UM hari-hari

2) Berapakah kadar harga langganan akhbar digital UM?
- Langganan adalah percuma bermula 1 hingga 31 Oktober 2012. Bermula 1 hingga 30 November, harga langganan adalah diskaun sebanyak 50%. Kadar harga biasa adalah seperti berikut:

Tempoh Langganan

Web, Android

iPad

Harga Biasa

Harga Diskaun 50%

Harga Biasa

Harga Diskaun 50%

7 Hari

-

-

USD 1.99
(RM6)

USD 0.99
(RM3)

1 Bulan

RM20

RM10

USD 6.99
(RM20)

USD 3.99
(RM10)

2 Bulan

-

-

USD 12.99
(RM40)

USD 6.99
(RM20)

3 Bulan

RM55

RM27.50

USD 17.99
(RM55)

USD 8.99
(RM27.50)

6 Bulan

RM100

RM50

USD 32.99
(RM100)

USD 16.99
(RM50)

12 Bulan

RM180

RM90

USD 59.99
(RM180)

USD 29.99
(RM90)


- Harga langganan akhbar digital UM versi iPad ditetapkan dalam Dollar Amerika Syarikat (USD). Harga dalam RM adalah anggaran dan mengikut kadar semasa pertukaran mata wang asing.
- Kadar harga akhbar digital di e-browse TM adalah sama seperti platform Web dan Android.

3) Bilakah waktu yang boleh saya baca akhbar digital UM untuk keluaran terkini?
Anda boleh menikmati bacaan akhbar digital UM seawal 6 pagi.

4) Adakah isu terkebelakang boleh dibaca di dalam akhbar digital UM?
Boleh. Tetapi hanya isu keluaran 7 hari kebelakang sahaja. Anda boleh memuat turun sendiri keluaran akhbar untuk simpanan arkib sendiri.

5) Bagaimana cara untuk melanggan akhbar digital UM?
Anda boleh mendaftar di http://e.utusan.com.my dan mendapat langganan percuma bermula 1 hingga 31 Oktober 2012. Anda boleh menyambung langganan dengan memilih pakej langganan yang disediakan di dalam laman web. Langganan bergantung kepada platform yang diguna oleh anda. Berikut adalah cara pendaftaran bagi platform:

  1. Web
    1. Layari http://e.utusan.com.my
    2. Daftar langganan
    3. Membuat pembayaran mengikut langganan yang dipilih.
    4. Log in menggunakan username dan password yang didaftar.
    5. klik untuk baca akhbar mengikut tarikh keluaran.
  1. Ipad
    1. Pergi ke Newsstand
    2. Klik "Store" untuk carian "Utusan Malaysia" dan pilih logo Utusan Malaysia
    3. Membuat pembayaran mengikut langganan yang dipilih
    4. Muat turun aplikasi akhbar digital UM.
    5. Kembali ke Newsstand dan klik akhbar UM yang dimuat turun.
  1. Android
    1. Layari http://e.utusan.com.my
    2. Daftar langganan
    3. Membuat pembayaran mengikut langganan yang dipilih
    4. Klik Google Play Store untuk carian "Utusan Malaysia" dan pilih logo Utusan Malaysia
    5. Muat turun aplikasi akhbar digital UM. Juga muat turun Adobe AIR jika sistem ini tiada dalam tablet
    6. Klik logo akhbar digital UM yang disenaraikan di dalam tablet.
    7. Klik bebutang setting untuk log in menggunakan username dan password yang didaftarkan.
6) Bagaimana pembayaran akhbar digital UM dibuat?
Pembayaran boleh dibuat semasa anda mendaftar untuk langganan akhbar digital UM. Pembayaran adalah melalui kredit kad, kad debit atau perbankan atas talian.
Kaedah pembayaran akan dilanjutkan ke kad prabayar MOLPay tidak lama lagi.

7) Bagaimana saya ingin mendapatkan bukti pembayaran?
Anda akan menerima resit pembayaran melalui emel. Atau anda boleh menyemak di bahagian Payment History untuk melihat transaksi yang dilakukan. Anda juga boleh menyemak penyata akaun bank anda. Anda boleh mencetak resit tersebut sebagai bukti pembayaran.

8) Saya masih tidak menerima emel pengaktifan akaun.
Anda boleh menunggu dalam masa 24 jam. Sekiranya masih tiada emel diterima, anda boleh maklumkan masalah ini ke [email protected] untuk tindakan lanjut.

9) Sekiranya saya terlupa ID dan kata laluan akhbar digital UM.
Anda boleh isi butiran pada ruangan Lost Password. Kata laluan akan dihantar ke emel anda. Sekiranya tidak menerima sebarang emel, anda boleh maklumkan masalah ini ke [email protected] atau talian khidmat pelanggan kami di 03-8924 3988 / 3977

10) Sekiranya mendaftar melalui iPad, adakah saya boleh membaca akhbar digital UM melalui Web atau Android?
Tidak boleh. Untuk langganan melalui iPad, anda hanya boleh membaca melalui iPad sahaja, ini kerana aplikasi iPad yang berlainan. Tetapi jika anda mendaftar di Web atau Android, anda masih boleh membaca melalui iPad melalui Web.

11) Bagaimana jika saya masih tidak dapat akses ke akhbar digital UM?
Anda perlu memastikan peralatan elektronik anda menyokong aplikasi akhbar digital UM dan juga platform yang digunakan adalah seperti berikut:
Platform  Keserasian / Keperluan Sistem 
a)Web

b)iPad
c)Android  
Internet browser (contoh: Internet Explorer, Safari, Mozilla Firefox, Google Chrome), Adobe Flash Player
iOS 5 dan ke atas.
Versi 2.5 dan ke atas, Adobe AIR  

12) Jika saya pergi ke luar negara, adakah saya masih boleh membaca akhbar digital UM?
Anda masih boleh membaca akhbar digital UM tidak kira di mana anda berada selagi mempunyai akses internet.

13) Jika saya ingin menghentikan langganan di pertengahan langganan, adakah saya akan mendapat pulangan wang?
Anda tidak boleh menghentikan langganan. Anda masih boleh mendapat akses ke akhbar digital UM sehingga tamat tarikh langganan. Tiada jaminan wang akan dikembalikan.

14) Berapa lama masa untuk saya dapat nikmati bacaan selepas mendaftar langganan akhbar digital UM?
Sebaik sahaja pendaftaran dan pembayaran dibuat, dalam masa 24 jam anda sudah boleh mengakses ke akhbar digital UM.

15) Apa akan terjadi sekiranya langganan akhbar digital UM saya hampir tamat?
Tiada pembaharuan langganan automatik. Anda perlu memperbaharui langganan dengan membuat pembayaran langganan yang baru sama ada sebelum atau selepas tamat tempoh. Kami juga akan menghantar notis peringatan pembaharuan langganan kepada anda dalam bentuk emel atau SMS.