Terma Dan Syarat Langganan
Akhbar Digital Utusan Malaysia


1) LANGGANAN
Langganan akhbar digital Utusan Malaysia daripada platform web, iPad dan Android boleh diakses menggunakan ID (email address / username) dan kata laluan (password) yang didaftarkan semasa pendaftaran langganan. Langganan hanya dalam bentuk akhbar digital sahaja.

2) KETERSEDIAAN
Akhbar digital Utusan Malaysia disediakan untuk 7 keluaran akhbar yang terdiri daripada 1 naskhah hari semasa dan 6 naskhah hari kebelakang (backdated issue). Selepas pendaftaran langganan, akhbar digital boleh dimuat turun di laman web http://e.utusan.com.my atau di Newsstand (iPad) atau di Google Play Store (Android).

3) KESERASIAN / KEPERLUAN SISTEM
Platform  Keserasian / Keperluan Sistem 
a)Web

b)iPad
c)Android  
Internet browser (contoh: Internet Explorer, Safari, Mozilla Firefox, Google Chrome), Adobe Flash Player
iOS 5 dan ke atas.
Versi 2.5 dan ke atas, Adobe AIR  


4) BAYARAN LANGGANAN
Semua bayaran langganan melalui kad kredit, kad debit atau perbankan online yang dibayar semasa pendaftaran atas talian (online) di http://e.utusan.com.my atau Newsstand. Anda boleh memuat turun akhbar digital Utusan Malaysia sebaik sahaja bayaran dibuat pada hari yang sama. Resit bayaran akan dihantar melalui emel yang didaftarkan.

5) PEMBAHARUAN LANGGANAN
Langganan akhbar digital Utusan Malaysia tidak diperbaharui secara automatik. Untuk menyambung langganan, anda perlu membuat bayaran mengikut pilihan tempoh langganan sama ada sebelum atau selepas tamat langganan yang terdahulu.

6) PEMBATALAN
Caj langganan yang dibayar adalah untuk tempoh langganan yang dipilih. Anda tidak boleh membatalkan langganan atau memberhentikan langganan sebelum tamat tempoh.

7) PEMULANGAN WANG
Wang tidak boleh dikembalikan selepas bayaran dibuat. Tiada jaminan pemulangan wang untuk langganan akhbar digital Utusan Malaysia.

8) LIABILITI
Dengan melanggan akhbar digital Utusan Malaysia, anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung liabiliti atau kos kerugian disebabkan masalah atau kegagalan menggunakan akhbar digital Utusan Malaysia yang berpunca daripada anda atau penyedia perkhidmatan internet atau stor-stor maya atau masalah diluar kawalan kami.

9) LAIN-LAIN TANGGUNGJAWAB
Anda bersetuju untuk mematuhi syarat dan peraturan pihak penyedia perkhidmatan bayaran MOLPay dan Apple yang menguruskan kutipan bayaran langganan di atas talian.

10) KHIDMAT PELANGGAN
Sila hubungi khidmat pelanggan kami untuk keterangan lanjut dan bantuan di:
    Talian terus : 03-8924 3988 / 3977
    E-mel : epaper.support@utusan.com.my

Segala terma dan syarat yang tertera di atas adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis.